sebuah cerita yang saya pernah dengar suatu ketika dahulu:
seorang tua telah melihat seekor kala jengking mengelepar di atas air. Dia membuat keputusan untuk menyelamatkan kala jengking tersebut. akan tetapi, kala jengking tersebut telah menyengat orang tua tersebut. Orang tua tersebut tidak berputus asa, dia cuba untuk selamatkannya lagi sekali. dan lagi sekali juga dia disengat.
Seorang pejalan kaki lalu dan telah melihat perbuatan beliau, dia berkata pada orang tua tersebut " berhentilah menyelamatkan kala jengking tersebut.
orang tua itu membalas "ia adalah sifat semulajadi kala jengking untuk menyengat. Ia adalah sifat semulajadi saya untuk menyayangi. kenapa saya perlu berputus asa hanya kerana sifat semulajadi kala jengking itu?
moral of the story: jangan berputus asa dalam menyayangi. jangan berputus asa hanya sebab orang di sekeliling anda menyengat!
=)
No comments:
Post a Comment